TUGASAN 1

E-PEMBELAJARAN

a. Terangkan tiga kelebihan e-pembelajaran

1) e-pembelajaran adalah pembelajaran sepanjang hayat yang berpusatkan pelajar dimana mereka akan meneroka dan belajar secara kendiri.

2) e-pembelajaran juga lebih fleksible dimana pelajar dan guru boleh berbincang atau belajar tanpa ada batasan waktu dan boleh di akses dimana-mana sahaja.

3) e-pembelajaran dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan komuniti besar dan terbuka yang terdiri dari dalam dan luar negara.

b. Nyatakan dua contoh platform untuk e-pembelajaran

1) ifolio

2) MOOC

c. Huraikan bagaimana platform dalam (b) dapat digunakan untuk pembelajaran secara atas talian dengan efektif.

ifolio adalah platform yang digunakan oleh universiti untuk para pensyarah dan pelajar berdiskusi dan berinteraksi dengan mudah. Di platform ifolio terdapat widget-widget seperti tasks, quizzes, dan discussions yang boleh digunakan oleh pensyarah untuk memberi tugasan dan membuat penilaian terhadap pelajar tanpa perlu bersemuka dalam kelas.

Manakala MOOC adalah singkatan dari perkataan Massive Open online course. MOOC adalah platform yang boleh digunakan oleh pensyarah atau ahli akademik untuk merangka kursus yang boleh disertai  tanpa mempunyai had bilangan pelajar. Kursus yang dijalankan dalam MOOC dijalankan secara maya dimana memberikan ruang pembelajaran yang fleksible kepada pelajar untuk belajar dalam kursus itu mengikut kesesuain masa pelajar.